JAKARTA 29 Nov. – Beratus-ratus penduduk mengadakan perarakan hari ini bagi mendesak kerajaan mencegah penularan HIV dengan melaksanakan undang-undang Syariah di negara ini.
Menjelang Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember ini, anggota kumpulan Hizbut Tahrir berarak di jalan-jalan raya di beberapa bandar besar termasuk di Jakarta, Solo, Yogyajakarta dan Makassar bagi mendesak kerajaan melaksanakan undang-undang itu di republik ini.
“Kami meminta semua orang menyokong pelaksanaan undang-undang Syariah dalam pemerintahan Islam supaya, Insya-Allah, kesemua kita akan bebas daripada ancaman HIV,” kata jurucakap kumpulan itu, Febrianti Abassuni dalam satu kenyataan.
Di ibu negara, lebih 200 wanita mengadakan tunjuk perasaan mendesak kerajaan menutup tempat pelacuran dan mengharamkan kondom yang dikatakan ‘menggalakkan seks bebas dan kelakuan tidak senonoh’.
Penunjuk perasaan turut membawa sepanduk termasuk sepanduk yang berbunyi: “Pelacur, penagih dadah dan golongan homoseksual adalah ejen perosak akhlak”.
Kira-kira 270,000 rakyat Indonesia dilaporkan dijangkiti HIV dan AIDS dan setakat ini 8,700 orang telah terbunuh akibat AIDS di negara ini yang majoritinya beragama Islam. (www.utusan.com.my, 30/11/2009)
Setuju dan mendukung agar syari’ah Islam dijadikan UU dan falsafah negara ini