Lebih Seribu Hadiri “Konferens Negara Islam: Dunia Menuju Khilafah” 2011

Umat Islam dari pelbagai pelusuk tanahair memenuhi Dewan Perdana 1, Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor bagi menyaksikan Konferens Negara Islam yang dianjurkan oleh Khilafah Centre dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia. Konferens Negara Islam yang mengangkat tema “Dunia Menuju Khilafah” ini telah menghadirkan 5 orang penceramah dari dalam dan luar negara. Mereka terdiri daripada Ustaz Ismail Yusanto (jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia), Uthman Badar (wakil media Hizbut Tahrir Australia), Taji Mustafa (wakil media Hizbut Tahrir Britain), Yahya Al-Baradei (aktivis Hizbut Tahrir Palestine) dan Ustaz Abdul Hakeem Othman (presiden Hizbut Tahrir Malaysia)

Di dalam ucapannya selaku penceramah pertama, Ismail Yusanto menjelaskan kedudukan Nusantara secara am dan Indonesia secara khusus sebagai kawasan yang amat berpotensi untuk tegaknya Khilafah. Ini didasarkan dari sokongan dan dokongan yang luarbiasa dari umat Islam di sana termasuklah para ulama, ahli-ahli politik dan juga pasukan keselamatan. Jelasnya lagi, umat Islam di Malaysia yang merupakan saudara dan jiran terdekat kepada Indonesia harus saling bahu-membahu di dalam perjuangan menegakkan Khilafah kerana apa jua perkembangan yang berlaku di Indonesia pasti akan membawa kesan kepada Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Justeru, jika Khilafah tegak di Indonesia mahupun Malaysia, maka kesatuan dua negara ini di bawah kepimpinan seorang Khalifah adalah suatu perkara yang Insya Allah pasti akan berlaku, tegas jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia ini.

Uthman Badar pula menerangkan tentang perjuangan umat Islam dari belahan barat hingga belahan timur dunia bahawa telah berlaku kesedaran dan kebangkitan yang menjurus kepada tegaknya Khilafah. Kedudukan Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik Islam antarabangsa yang terus-menerus berjuang dan menyeru umat Islam di seluruh dunia ternyata disahut dengan baik dari masa ke semasa. Dengan perkembangan yang berlaku dan dapat dirasai serta dilihat oleh semua orang, Daulah Khilafah sesungguhnya benar-benar dalam perjalanan (on the way) menuju kewujudannya untuk kali yg kedua, ujar wakil media Hizbut Tahrir Australia ini dengan penuh yakin.

Taji Mustafa dalam ucapannya yang cukup bersemangat menjelaskan yang Barat sekarang sebenarnya di dalam kedudukan sedang menjunam dalam segenap aspek, baik ekonomi, politik, sosial dan juga militer. Selaku orang yang tinggal di United Kingdom, beliau menegaskan bahawa kerosakan yang berlaku di dunia Barat sudah tidak lagi dapat dikawal dan mereka sudah tidak ada penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul. Oleh yang demikian, Hizbut Tahrir tidak pernah putus menerangkan kepada umat Islam dan juga golongan non-Muslim tentang di sana akan cara hidup Islam dan Negara Islam (Khilafah) yang boleh menyelesaikan setiap inci masalah manusia. Taji seterusnya menjelaskan bahawa sudah tidak ada lagi harapan kepada sistem kufur demokrasi dan sistem Khilafahlah satu-satunya alternatif untuk umat manusia, yang merupakan satu-satunya sistem Islam yang benar dan wajib bagi umat Islam.

Berucap menggantikan Syeikh Issam Ameera yang tidak dapat hadir kerana menunaikan haji, Yahya Al-Baradei sebagai salah seorang aktivis Hizbut Tahrir dari Palestin menjelaskan tentang masalah Palestin dan penyelesaiannya yang tidak lain adalah melalui jihad oleh pasukan tentera kaum Muslimin dan juga melalui tegaknya Negara Khilafah bagi menghapuskan entiti haram Yahudi di bumi yang diberkati itu. Sebelum ucapan Al-Baradei, hadirin dihidangkan dengan tayangan video dari Al-Quds oleh Syeikh Abu Yusuf yang menerangkan beberapa hadis dari Rasulullah SAW bahawa Khilafah akan pasti tegak suatu hari nanti yang akan merangkumi Al-Quds hingga ke seluruh bahagian dunia lainnya.

Ustaz Abdul Hakeem Othman selaku penceramah terakhir telah membuat penggulungan dengan penuh semangat sambil membuktikan secara fakta bahawa Daulah Khilafah sebenarnya sudah semakin hampir. Hal ini dapat dilihat dari banyak bukti-bukti yang ada yang dapat dirasai dari dalam Hizbut Tahrir sendiri dan umat Islam amnya. Presiden Hizbut Tahrir Malaysia itu menjelaskan bahawa berdasarkan fakta dan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah, sesungguhnya Khilafah itu pasti akan tegak kembali untuk kali yang kedua dan kemunculannya sudah tidak lama lagi dengan izin Allah. Para hadhirin tidak putus-putus melaungkan takbir di sepanjang ucapannya yang penuh bersemangat.

Majlis kemudiannya ditutup dengan simbolik dan menyentuh perasaan apabila Ustaz Tarmizi dan Dr. Muhammad selaku pengerusi bersama konferens, meminta para hadirin mengibarkan liwa’ (bendera) dan rayah (panji) Rasulullah SAW. Di samping takbir yang berkumandang dengan penuh semangat dari para hadirin, para hadirin turut melaungkan “al-ummah turid Khilafah Islamiyyah” berulang-ulang kali yang bermaksud “umat menginginkan Khilafah Islam”.

HTM dengan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh peserta yang telah hadir di Konferens Negara Islam ini yang terdiri dari wakil-wakil parti pemerintah dan juga pembangkang, badan-badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik, imam-imam dan AJK masjid/surau, wakil-wakil persatuan pelajar dan seluruh kaum Muslimin sama ada yang datang dari jauh atau dekat. Semoga Khilafah akan terus berada di hati setiap dari kita untuk sama-sama kita memperjuangkannya. (mykhilafah.com, 1/11/2011)

12 comments

  1. Allahu Akbar.!!!

  2. Wah.. Subhanallah.. semoga kita bersatu dan berjaya dalam naungan Daulah Khilafah Rasyidah :D

  3. ALLAHU AKBAR…

  4. Subhanalloh… kekuatan muslim itu akan kembali bersama tegaknya Khilafa.. dan sekarang semakin yakin ketika sistem kufur pada ancur…

  5. Alhamdulillah, luarr biasa, Allahu Akbar! Khilafah bergema di negerinya Upin & Ipin….

  6. Mohammad Tobroni

    Luar biasa!Ngak Usah lama-lama Khilafah berdiri.

  7. ichwan abu arselan

    Atas pertolongan dari robb penguasa langit bumi seisinya
    khilafah tinggal sejengkal lagi….

  8. on the way to khilafah!

  9. SUBHANALLAH… Terus bergerak menyuarakan dinullah terapkan syariah dlm khilafah rasyidah.

  10. Mustofa al Fatih

    Ya Allah….
    Hamba bersyukur Engkau telah menyatukan hati2 kami dalam cinta padaMu untuk berjuang menegakkan syariatMu dalam bingkai Khilafah Islamiyah…
    Kami tidak akan pernah berhenti hingga Engkau muliakan kami dengan kemenangan yang nyata..
    Wahai umat Islam….
    Saatnya tegakkan Khilafah Islamiyah demi Izzul Islam wal Muslimin.
    Tidak ada lagi keraguan menegakkan Khilafah Islamiyah karena ia merupakan bagian dari ajaran Islam.
    “Kemudian akan tegak Khilafah dengan manhaj kenabian.”
    Allahu akbar…

  11. inilah Khilafah Rasyidah yang akan menyatukan indonesia dan malaysia sebagaimana daulah Islam yang telah menyatukan antara suku Aus dan Khajraj……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*